Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa Cina.....1 Malaysia katakan....huhu
Pape pon....Tahun ni adalah Tahun Naga bersamaan dengan Tahun kelahiran ku...huhu
Feng Shui Tahun Naga 2012
Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Naga," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:
- 16 Februari 1904 - 3 Februari 1905: Naga Kayu
- 3 Februari 1916 - 22 Januari 1917: Naga Api
- 23 Januari 1928 - 9 Februari 1929: Naga Tanah
- 8 Februari 1940 - 26 Januari 1941: Naga Logam
- 27 Januari 1952 - 13 Februari 1953: Naga Air
- 13 Februari 1964 - 1 Februari 1965: Naga Kayu
- 31 Januari 1976 - 17 Februari 1977: Naga Api
- 17 Februari 1988 - 5 Februari 1989: Naga Tanah
- 5 Februari 2000 - 23 Januari 2001: Naga Logam
- 22 Januari 2012 - 10 Februari 2013: Naga Air
- 2024 - 2025: Naga Kayu
- 2036 - 2037: Naga Api
Dalam teori unsur Cina, air menghasilkan kayu, yang menandakan pertumbuhan dan naga mewakili elemen semula jadi. Tahun Naga dianggap sebagai tahun paling bertuah dan ia dianggap makhluk mistik berbanding haiwan lain dalam kalendar Cina.
Golongan yang mempercayai kepercayaan karut menyatakan bayi yang dilahirkan pada Tahun Naga akan memiliki keberanian dan kebijaksanaan selain membawa tuah kepada keluarga. Untuk makluman semua Tahun Naga akan berakhir pada 9 Februari 2013.Antara sifat positif bagi Tahun Naga ialah Mulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, good-hearted, forgivig, active, nice, fun, terus terang, ceria, spontan, suka berseronok, serba boleh, petah, suka bergaul, berdikari, mencintai kebebasan.
Sifat Negatif pula ialah Tidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi, tamak, egotis, suka bercakap besar, panas baran, tidak mudah puas hati, ganas, agresif, cuai, tidak peka.
p/s: Alamak.....Tahun ni aku dpt anak naga lah yer.....uupppssss....zuriatlah....pada tahun naga jgk.....nk sama jgk yer dgn mama die..hehehe
Semua ni adalah kepercayaan Orang Cina...(Feng Shui Tahun Naga 2012)
Kita orang islam ni tak boleh percaya pada perkara-perkara mcm ni.....Rezeki,kesihatan,semualah dlm kehidupan kita ditentukan oleh ALLAH s.w.t, kita hanya merancang,berusaha utk nak dptkan apa yang kita mahukan....tp yang tentukan adalah DIA....
No comments:
Post a Comment