TABS

nuffnang

Monday, January 20, 2014

Sheperd's Pie

Harini cuma nk kongsi resepi jerk...dinner utk mlm tadi...


Sheperd's Pie Daging


Bahan A (Untuk Inti):-
  • 500 gram daging kisar
  • Sos Prego (Mushroom)
  • 1 labu bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • 1 pokok daun ketubar
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam/lada sulah
  • 2 sudu makan minyak masak/minyak zaitun
  • Garam secukup rasa
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar, kacau rata hingga daging masak.
  3. Masukkan Sos Prego (Mushroom).
  4. Masukkan lobak merah.
  5. Apabila daging mendidih,perasakan garam dan lada hitam/lada sulah dan bila daging sedikit kering, dan masukkan daun ketumbar kacau rata kemudian tutup api.
  6. Ketepikan. Sediakan bahan untuk membuat pai pula...
Bahan B (Untuk Pai):-
  • 1 kilogram kentang (dipotong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • Air untuk merebus kentang secukupnya
Cara Menyediakan Pai:-
  1. Kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk/air rebusan kering.
  2. Ketika kentang masih panas-panas, lecek hingga hancur sebati.
  3. Gaulkan dengan susu segar (akak tuangkan susu sedikit-sedikit), serbuk lada sulah dan mentega.
  4. Masukkan adunan kentang ke dalam bekas alluminium kecil
  5. Masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan pula dengan kentang semula. 
  6. Ini tambahan (taburkan mozarella Cheese).
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 200C ( set oven 190C je) selama 30 minit/hingga bahagian atasnya keperangan.
  8. Keluarkan dari oven dan hidangkan ketika suam-suam panas gitu....


tadaaaa...............

inilah hasilnye......



P/s: sila pastikan tekak dlm keadaan kebulur..hahaha....sbb mmg kenyang giler kalo mkn benda alah ni....

No comments:

Post a Comment