Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal
lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan
mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang
bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan
lemak dalam badan. Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu
hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan
terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi
untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil
iBraxton Hiksi. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir
perkara-perkara buruk atau negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah
atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan
kehamilan kita.
Anda sekarang berada di penggal terakhir. Trimester ketiga lazimnya
bermula pada 29 minggu kehamilan dan berakhir pada 40 minggu kehamilan,
kadang kala lebih lanjut dari itu. Kebanyakan wanita menambah berat badan sebanyak 11 paun / 5 kilogram semasa semester ini.
Menjelang minggu ini, berat bayi anda ialah sebanyak 2.3 paun / lebih
sedikit dari 1 kilogram dan mungkin berukuran 14.8 inci / 38 sentimeter
panjang dari atas ke jari kaki. Sekitar masa ini, bayi anda yang di
dalam rahim itu sudah boleh membuka matanya dan memalingkan kepalanya
jika dia ternampak cahaya terang yang memancar terus menerus dari luar.
Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul.
Anda mungkin mengalami perasaan berbolak-balik apabila mengenangkan sakit bersalin dan melahirkan. Menyediakan senarai perkara-perkara yang perlu dibuat dan meraitkannya satu-persatu akan membantu. Mulalah memilih nama-nama bayi yang sesuai dan mulalah memikirkan tentang kehidupan selepas kelahiran juga. Anda juga mungkin berjumpa dengan doktor anda dengan lebih kerap lagi di minggu-minggu terakhir ini.