1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan,
maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke
tepi, itu kemungkinan anak perempuan.
-My Tummy dengan jayanya ke
depan….lelaki ke???
2) Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau
kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya,
kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki.
Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau. Bukan nipple
ibu ataupun kakak atau abang si ibu..hehehe...
-Anak first...mcm mane nk tengok nipple
abg/kakaknye....hmmm...
3) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur
mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki.
Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan.
-Masa mule2…suke tidur mengiring ke
kiri…tp lately ni mane2 arah jerk….
5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek,
bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau
malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu.
-ikot mood…jap makeup..jap mls..mcm
mane tu….
6) Melihat garisan pada perut ibu.
Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak
dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan
- Mcm garisan tegak je yg ade kat perut nih….lelakikah?
7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak
lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab
anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak
berseri..
-kadang2 berseri kadang2 tak…hahaha(itu pada sayalah)
8) Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri,
kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan
- buku lali disaster…maka dengan itu?
Kompius lagik.....
9) Melihat kepada response baby lelaki
atau perempuan terhadap ibu yang mengandung. Katanya, kalau baby pompuan tu
suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi
sebaliknya kalau baby pompuan tu tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan
dia..pompuan. Begitulah sebaliknya..
- Same jer rasenye, dukung baby boy die suke...dukung
baby gegurl pon die suke jgk...
Tak kisahlah lelaki ke perempuan...asal sihat semuanya....amin....