Minggu ni dah genap 35 minggu, minggu lepas pegi checkup nurse dah pesan suruh sediakan barang-barang baby. Dalam 36 minggu baby dah boleh kuar anytime jerk.....Bile nurse ckp mcm tu...tetibe jerk rase mcm serun jerk...huhu, mcm x percaya pon ade...coz rase sekejap jerk mase berlalu...dah 35 minggu dah...hehe
Semoga semuanya berjalan dengan lancar....minggu ni sibuk nk mengemas barang-barang utk di pindahkan ke Rumah Kota Tinggi..hihihi...baby dok diam2 yer...jgn nakal-nakal tau kat dlm pewot mama....mama nak kemas brg2...kite nak duduk dgn papa dah x lame lg....hihi
Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran.
Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan.
Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam
uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin
telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6
kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda
pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. Anda mungkin terasa agak sesak nafas
sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk
anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu
menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda
menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air
- bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda
mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia
akan membuat anda kencing dengan lebih kerap.